Tuesday, 10 June 2014

Pokok Jarum 7 bilah dan khasiat nya

 


Cuti sekolah kali ini saya berpeluang pulang ke kampong. Setiap kali apabila berada di kampong saya pasti tertarik dengan sebatang pokok yang mempunyai kuntuman bunga yang sentiasa berkembang. Warna oren nya begitu memukau mata memandang. Batang nya dipenuhi duri yang tajam. Hati tertanya-tanya gerangan apakah pokok ini. Insan yang menanamnya sudah tiada jadi agak susah untuk mendapat maklumat.


 Sekembalinya dari kampong pencarian maklumat pun bermula. Majalah lama di belek kembali. Inilah hasilnya. Pokok ini dikenali dengan nama Rose Cactus atau Jarum 7 bilah. Pokok ini merupakan salah satu daripada tanaman herba yang banyak khasiat dan menjadi bahan kajian untuk rawatan penyakit. Ia dikatakan berasal dari kawasan tengah Amerika dan ada yang mengatakan berasal dari Korea Selatan. Cara pembiakan nya adalah  melalui keratan batang dan biji benih.

Pokok ini dikatakan mampu merawat kanser kolon dan hidung. Namun sejauh mana kebenarannya belum dapat dipastikan.

Penyediaan untuk tujuan rawatan
1.Rendam 1-2 daun didalam air panas seperti menyediakan teh. Kemudian     minum.
2. Daunnya boleh dimakan terus seperti ulam tidak lebih dari 3 helai sehari.
3. Kisar lumat daun dengan sedikit air dan minum.

Amaran: Anda dinasihatkan mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan bertauliah sebelum mencuba cara ini.

Maklumat ini dirujuk daripada majalah LAMAN Impiana edisi 13

No comments:

Post a Comment