Meskipun first time cuba hasilnya pasti memuaskan.
Bahan-bahan untuk karamel
1 cawan gula
1 cawan air
Bahan-bahan puding
1 tin susu cair jenis Ideal
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
5 sudu kecil gula
Cara memasak
Panaskan gula sehingga cair dengan api perlahan sehingga gula bertukar warna perang.
Masukkan air dengan berhati-hati sehingga gula cair sepenuhnya.
Masukkan gula caramel ke dalam loyang.
Untuk pudingnya, pecahkan telur, ke dalam blender.
Kemudian masukkan susu, esen vanilla dan gula . Kisar sehingga kembang.
Masukkan ke dalam loyang berisi gula karemel .
Kukus selama 40 minit.
Dah siap sejukkan di dalam peti sejuk
No comments:
Post a Comment