Thursday, 26 June 2014

Tekam Golf Course


Budget Golfing







Tekam Golf Course ini terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak  daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur.  Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ialah 216 km dengan melalui  Lebuh Raya Pantai  Timur .  Untuk sampai ke Tekam ni mengambil masa lebih kurang 3 jam bagi driver yang mematuhi had laju .

Course ini dikelilingi oleh kehijauan pokok sawit dan getah dan diindahkan dengan pokok teratai yang mewarnai tasik. Pemandangan memang cantik.





Course ini agak friendly kerana fairway nya luas , lembut  tetapi tidak terlalu lembut sehingga membuatkan bola plugged.  Untuk golfer yang tidak suka menggunakan perkhidmatan buggy  adalah tidak digalakan kerana permukaan mukabuminya bercerun . Stamina yang tinggi diperlukan kerana tee box berada di tempat tinggi. Bagi junior dan senior golfers , course ini memerlukan ketahanan memanjat. Green nya  agak sukar dilihat kerana bentuk mukabuminya yang berbukit bukau. Green nya agak laju . Bagi high handicapper kehilangan bola adalah minimum.




 



Course ini mengenakan bayaran RM 30.00 seorang dan RM 25.00 untuk buggy pada hari bekerja, dan RM 35.00 seorang pada weekend.

Di sini terdapat driving range untuk sessi pemanasan badan sebelum tee off. Setelah penat menghadapi cabaran untuk mendapat hole in one, birdie dan par , boleh lah melepaskan lelah dan kehausan di café berhampiran. Buat Muslim surau di sediakan di samping tempat untuk membersihkan badan.




Conclusion nya Tekam Golf Couse ni BEST dan saya dan family akan datang lagi
some other times.

Friday, 20 June 2014

Tips sihat dengan pita pengukur pinggang

Berpeluang menghadiri majlis kenduri kahwin merupakan satu kesyukuran. Kita dihidang dengan makanan yang lazat ,desert yang mengancam diet seharian, air yang tidak pernah mengecewakan dengan secukup manisnya. Jamuan kenduri memang hari untuk memenuhi selera. Jarang yang dapat mendisiplinkan diri. Usai jamuan tetamu dibekalkan dengan berbeg-beg buah tangan dan cenderahati. Dari bunga telur sehingga kegula-gula.
Baru-baru ini jemputan kenduri kahwin jiran setaman saya dan keluarga penuhi. Terdapat keunikan dalam pemberian cenderahati. Kami sekeluarga dan tetamu dibekalkan dengan pita pengukur pinggang. Difahamkan puan rumah adalah seorang doctor. Di samping gembira menerima menantu tanggungjawab social tidak diabaikan. Ok lah cukuplah cerita pasal kenduri.
 
 


Bagaimana menggunakan pita tersebut?
1.Lilitkan pita pengukur di pinggang atas sedikit daripada pinggul.
2. Tarik pita pengukur tapi tidak terlalu ketat.
3. Jangan tarik nafas  semasa mengambil ukuran.








Saiz lingkaran pinggang boleh menunjukan tahap kesihatan seseorang. Saiz yang disarankan ialah tidak lebih 90 cm bagi kaum Adam dan tidak lebih 80 cm bagi kaum Hawa. Saiz pinggang yang berlebihan mendedahkan kepada risiko penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Marilah kita sama-sama mengawal pemakanan dan mengecilkan pinggang.

Monday, 16 June 2014

Tips 10 tahun lebih muda

Semua insan mengimpikan umur yang panjang namun tidak mahu kelihatan tua. Berbagai kaedah di guna pakai samada secara alami atau menggunakan bahan kimia. Tujuannya cuma satu iaitu kelihatan muda. Ada beberapa tips yang boleh diamalkan supaya kelihatan sentiasa muda.


 

12 Tips kelihatan 10 tahun lebih muda


1.  Amalkan banyak meminum air suam pada waktu malam dan siang
2. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepaskan melalui mulut
3. Jaga bentuk badan agar kelihatan menarik dengan melakukan senaman yang bersesuaian dengan usia.
4. Jagalah pemakanan dengan membanyakan makan buah dan sayuran dan mengurangkan karbohaidrat kerana apabila usia meningkat kadar metabolisma makin berkurang.
5. Bertenang menghadapi segala situasi.
6. Berbicara dengan lemah lembut.
7. Sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah
8. Gembirakan hati dengan bernyanyi semasa mandi.
9. Sentiasa memyembur minyak Wangi terutama kala didekati suami
10.Pakai baju tidur yang menarik dan Wangi.
11.Banyakan sembahyang tahajud .
12. Lebihkan senyuman.

Thursday, 12 June 2014

Resepi Kek Gula Hangus simple dan sedap

Resepi yang sedap ini diperolehi dari kakak semasa saya berkunjung ke rumahnya tempoh hari.  Setelah seminggu resepi ini tersimpan maka dengan semangatnya resepi ini dicuba. Walaupun resepi ini agak simple namun  sangat enak dimakan terutama di waktu petang.





Bahan-bahan

1 cawan gula

1 cawan air

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat

2 sudu besar soda bikarbonat

4 biji telur sederhana besar

2 sudu besar marjerin/mentega


Cara membuat

1. Mula-mula masak gula dengan api perlahan sehingga hangus dan warna  keperangan.

2. Masukan secawan air dengan perlahan kedalam gula dan masak sehingga cair.

3. Kemudian masukan mentega kedalam gula cair dan ketepikan sehingga sejuk.

4. Dengan menggunakan blender atau mesin pengisar , kisar telur sehingga kembang.

5. Masukan susu pekat kedalam telur dan kisar.

6. Masukan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat kedalam adunan telur dan kisar.

7.Kemudian masukan air gula yang sudah sejuk ke dalam blender yang berisi tepung dan telur dan mesin sekali lagi.

8. Tuang adunan kedalam bekas dan pastikan ada ruang untuk adunan mengembang.

9. Perap adunan selama 3 hingga 4 jam.

10. Panaskan oven dan bakar dengan api sederhana 160-180 darjah Celcius selama satu jam.

Tuesday, 10 June 2014

Pokok Jarum 7 bilah dan khasiat nya

 


Cuti sekolah kali ini saya berpeluang pulang ke kampong. Setiap kali apabila berada di kampong saya pasti tertarik dengan sebatang pokok yang mempunyai kuntuman bunga yang sentiasa berkembang. Warna oren nya begitu memukau mata memandang. Batang nya dipenuhi duri yang tajam. Hati tertanya-tanya gerangan apakah pokok ini. Insan yang menanamnya sudah tiada jadi agak susah untuk mendapat maklumat.


 Sekembalinya dari kampong pencarian maklumat pun bermula. Majalah lama di belek kembali. Inilah hasilnya. Pokok ini dikenali dengan nama Rose Cactus atau Jarum 7 bilah. Pokok ini merupakan salah satu daripada tanaman herba yang banyak khasiat dan menjadi bahan kajian untuk rawatan penyakit. Ia dikatakan berasal dari kawasan tengah Amerika dan ada yang mengatakan berasal dari Korea Selatan. Cara pembiakan nya adalah  melalui keratan batang dan biji benih.

Pokok ini dikatakan mampu merawat kanser kolon dan hidung. Namun sejauh mana kebenarannya belum dapat dipastikan.

Penyediaan untuk tujuan rawatan
1.Rendam 1-2 daun didalam air panas seperti menyediakan teh. Kemudian     minum.
2. Daunnya boleh dimakan terus seperti ulam tidak lebih dari 3 helai sehari.
3. Kisar lumat daun dengan sedikit air dan minum.

Amaran: Anda dinasihatkan mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan bertauliah sebelum mencuba cara ini.

Maklumat ini dirujuk daripada majalah LAMAN Impiana edisi 13