Tuesday 27 May 2014

Tips melegakan hidung tersumbat bayi

Apabila anak kecil mengalami selsema memang meresahkan ibubapa. Bayi seringkali menangis apabila berada dalam keadaan tidak selesa.  Kadang kala hidung mereka tersumbat. Untuk mengatasi masalah itu selalunya perubatan tradisional lebih sesuai. Ini kerana perubatan yang berasaskan kimia sukar di guna pakai kerana mereka berkulit sensititif. Selalunya , saya  menggunakan kunyit hidup sebagai penyelesaian masalah. Caranya dengan mengasah kunyit dan disapu ke dahi dan hidung. Walaupun kelihatan agak comot sedikit namun ia berkesan.

Kunyit hidup



Wednesday 21 May 2014

Khazanah Lama



Pada minggu yang lalu, saya dan keluarga berkunjung ke rumah mertua. Selesai menghabiskan secawan teh minuman petang, saya membelek belek rak buku demi mendapatkan bahan bacaan bagi mengisi ruang waktu dan menambah info. Tiba- tiba mata tertangkap satu  majalah yang agak klasik.
Tanpa berlengah majalah itu saya tatap. Rupa-rupanya itu adalah majalah Kuntum Pertama.Majalah ini dicetak pada tahun 1975 oleh  Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Majalah ini merupakan antologi yang mengandungi 53 sajak. Sajak ini dipilih dari majalah Dewan Pelajar 1967-1971. Dengan membayar $ 1.80 majalah ini boleh dimiliki. Ilustrasinya menarik walaupun tanpa teknologi canggih.


 

Salah satu sajak yang tercatat dalam Kuntum Pertama

 

Muka depan majalah

Halaman Belakang


Sunday 18 May 2014

Resepi Begedil Daging Cincang

Petang semalam rasa teringin nak menikmati begedil. Demi memenuhi keinginan maka pengembaraan mencari bahan pun bermula. Untuk memastikan semua bahan dapat di satu premis sahaja maka pasar raya pun dijejaki.. Syukur ,dapat semua bahan dibawah satu bumbung. Jadi jimatlah minyak kereta dan tenaga yang digunakan pun kurang..

Bahan - bahan

1. Separuh plastik daging cincang chap Ramly
2. 4 biji kentang
3. 5 ulas  bawang kecil
4. 5 helai daun sup
5. 2 helai daun bawang
6. secubit jintan putih
7. sedikit jintan manis (separuh daripada jintan putih)
8. sedikit lada sulah
9 .2 butir  telur
10. Garam secukup rasa
11. Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

Mula-mula kentang dikupas dan dibelah empat. Rebus hingga hampir empuk dan masukan daging cincang. Sementara menunggu kentang empuk hiris bawang kecil dan goreng hingga kekuningan.  Setelah kentang empuk, toskan airnya. Hancurkan kentang dan masukan sebiji telur . bawang goreng, segala rempah ratus, garam ,daun sup dan daun bawang yang telah di hiris halus. Kacau hingga rata dan bentukan bulat dan ditekan hingga leper sedikit. Pukul sebiji telur hingga kembang. Panaskan minyak dan celupkan kentang kedalam telur . Apabila minyak cukup panas masukan kentang. Gorenglah sehingga kekuningan.

Rebusan kentang dan daging


Campuran bahan-bahan



Begedil daging cincang

 

Friday 16 May 2014

Resepi Jeruk Maman


Pada minggu lepas, terpandang ikatan jeruk maman kat pasar  malam. Didalam hati terdetik, dah lama tak makan jeruk maman. Tanpa berlengah seikat maman bertukar tangan. Balik aje terus proses. Di sini diperturunkan resepinya.


Bahan-bahan



1. seikat maman                                         2. dua sudu besar garam








3. segenggam nasi                                


Cara membuat

 Maman dipotong . Masukan kedalam bekas. Bekas kaca diutamakan.    Masukan   garam. Kemudian letakan nasi. Pastikan nasi itu suhunya suhu bilik.Kalau panas takut tindakbalasnya melahirkan rasa yang berlainan. Masukan air masak. Biarkan selama 2 hari.





 Inilah hasilnya selepas dua hari. Untuk menyedapkan rasa potong bawang kecil dan cili padi dan gaulkan bersama jeruk maman.

Wednesday 14 May 2014

Jengok laman

Koleksi Bunga Raya

Sekarang ni  kalau pandang sekeliling memang banyak pokok bunga raya pelbagai colour dijadikan penyeri laman. Bila pandang orang punya laman rasa teringin nak memiliki spesies bunga ini . Ekoran daripada itu maka Sg Buluh menjadi tempat kunjungan. Kat Sg. Buluh ada banyak kedai so banyak choice.
Jom tengok koleksi bunga raya Dangauinfo ni.


Bunga Raya Pink

Bunga ini memang dah lama dream/ impi. Ni baru dapat. Kiranya latest collection la. Disebabkan admire sangat bunga ni jadi proses pengembangan kelopak bunga di perhatikan lensa kamera.



 

Gambar ini diambil pada pukul 9.00 pagi




 
Gambar  ini dihasilkan pada pukul 10.00 pagi
 















 

 



Gambar ni ditangkap pada pukul 11.00
 
 
Bunga ni kembang sepenuhnya pukul 12.30 tengah panas






Bunga Raya Merah Oren


Bunga raya ini di beli di kedai  dekat dengan hospital Sg Buluh. Mulanya agak susah juga nak buat keputusaan beli pokok bunga ni. Harga yang ditawarkan agak mahal. Fikir punya fikir at last ambik jugak.Rasa menyesal kalau melepaskan pokok ni begitu saja.Balik rumah mesti tak lena tidur. Biarlah mahal sedikit asalkan hati rasa happy.






Bunga Raya Puteh


Bunga ini dibeli bersama bunga merah oren.Kiranya dua pokok ni naik satu kapal.Pokok bunga ni sentiasa mengembirakan tuannya.Saban hari pasti ada kuntuman yang mekar berkembang. Pokok  ni disayangi walaupun warnanya tak lah semeriah mana namun kesetiaan nya berbunga menambat hati.
 
 


Bunga Raya Oren



Bunga raya  oren sangat  terang warnanya. Di beli di nursery berdekatan  kediaman. Pokok ni pun sentiasa berbunga namun tidak sekerap si puteh.





 

Bunga Raya Purple


Bunga ni difahamkan berasal dari Thailand. Agaknya sebab  dia datang dari jauh jadi dia hanya berbunga sekali sahaja iaitu masa beli. Lepas tu dia diserang dengan teruknya oleh serangga berwarna putih, Nanti nak try racun organic. Kalau menjadi boleh bagitau.




 

Saturday 10 May 2014

Tips Legakan Batuk

Cara mudah hilangkan batuk tanpa ubat dari bahan kimia

Setelah lebih sebulan batuk tanpa henti, akhirnya saya berjaya menjumpai petua menghilangkan batuk tanpa menggunakan ubat dari bahan kimia.  Sudah berbotol ubat batuk dari doktor dan farmasi sudah ditelan, dari jenis cecair hinggalah pil masih juga tak sembuh. 

Akhirnya, kawan saya menyarankan agar saya memakan buah oren yang dikukus beserta sedikit garam.
Alhamdullilah setelah mengamalkannya selama 3 hari batuk selsema saya pulih seperti sediakala.

Cara pembuatannya amat mudah sekali.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
 
1) Sediakan dua biji buah oren.












2) Potong bahagian bawah buah supaya buah tidak bergolek dan bahagikan kepada dua bahagian.











 
3) Taburkan sedikit garam ke atas permukaan buah












4) Tangkupkan semula buah yang dipotong tadi












5) Kukuskan buah oren tersebut selama lebih kurang 20 minit











6) Minum dan makan buah oren yang dikukus setelah buah itu suam.




 








Amalkan selama beberapa hari, insyaallah batuk selsema akan hilang tanpa memakan ubat yang diperbuat dari bahan kimia.







10 Idea hadiah untuk guru

Hari guru bakal disambut tidak lama lagi dengan bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti,  Penjana Inovasi. Peranan guru amat besar dalam mencetuskan kreativiti para pelajar sedari dulu lagi. Mereka tidak pernah kekeringan idea dalam mendidik pelajar untuk melahirkan kreativiti masing-masing.Hasil dari kreativiti itu maka terjanalah inovasi.Demi untuk melahirkan rasa terima kasih kepada para guru apa salah nya kita memberi sesuatu kepada guru.

10  Idea hadiah hari guru

1. Sekeping kad ucapan. Walaupun teknologi semakin maju  namun pemberian  kad ucapan boleh  membuatkan guru rasa dihargai.





2. Sebatang pen. Pen yang paling sesuai mestilah dakwat berwarna merah.
 
 
 
 






3. Sebatang marker. Zaman menggunakan kapur hampir berlalu. Kini kebanyakan guru menggunakan marker pen dalam tujuan pengajaran.






4. Buku nota. Kebanyakan guru kerap menghadiri kursus dan mesyuarat jadi buku nota amat sesuai.



 
 



5. Buku ilmiah. Guru amat suka membaca. Tambahlah koleksi mereka dengan buku baharu.




6.Bekas pensel. Hadiah ni pun bagus juga.





7.Kain pelikat/batik. Sesekali mencari kelainan dalam pemberian hadiah untuk guru.



8. Mug atau bekas minuman . Untuk menjadikan mug itu istimewa labelkan sesuatu di mug itu  dengan menggunakan heat press.



9. Sepasu kecil pokok bunga. Jika terdapat guru yang berminat bercucuk tanam hatinya pasti berbunga mendapat hadiah ini.




10. Andai kata terbatas dengan waktu untuk mendapatkan hadiah dari segi material , hadiahlah guru dengan doa agar sihat dan bahagia. Hadiah ini walaupun tidak kelihatan namun nilainya tinggi.



SELAMAT HARI GURU.

Wednesday 7 May 2014

Resepi Petai Jeruk


Kadang kala kita ada banyak petai. Mak bagi, jiran kasi sampai tak tau mana
nak letak .So, to solve the problemo kita jadikan petai jeruk.




Bahan -bahan

Petai segar
Air masak
Garam
Asam keping

Cara membuat

Mula mula rebus petai sehingga mendidih dan bertukar warna dari hijau
muda ke warna hijau kelabu. Kemudian keluarkan bijinya. Masukkan ke
dalam bekas yang mempunyai penutup. Bekas kuih raya tahun lepas pun boleh.
Masukkan air masak ke dalam petai tadi, kemudian masukkan garam dan asam keping. Kalau  sepuluh papan petai masukkan dua sudu besar garam dan dua keping asam. Okay dah siap, tutup bekas masuk dalam peti sejuk. Sedia dimakan atau di gunakan untuk apa -apa masakan

Tuesday 6 May 2014

MUKADIMAH

Renungan buat semua

Pesan Rasullullah S.A.W "Jangan lihat siapa yang bercakap , tapi ambillah nasihat baik yang dia sampaikan"

Assalamualaikum pembuka bicara. Serba sedikit info mengenai diri ini. Saya
ingin dikenali sebagai chempakaseri.(CS).Saya dilahir dan di besarkan di  bumi
Malaysia. Memiliki sebuah keluarga yang saling melengkapi. Saya begitu meminati bidang masakan dan bercucuk tanam. Di samping itu saya amat suka membaca buku buku yang memberi banyak pengetahuan dan panduan dalam melayari kehidupan.Blog ini dilahirkan dengan tujuan untuk berkongsi info .Semoga mendapat manfaat dari info yang disajikan.