Thursday, 29 October 2015

PENKEK ORI LAGI KLASIK












Secara tiba-tiba teringin nak makan penkek. Tanpa membuang waktu resepi pun diselidiki. Ambil resepi dari buku lama. Walaupun resepi klasik namun hasilnya sama macam resepi alam cyber. Tak payah nak buang masa , jom layan apa bahan yang nak guna pakai.



Bahan 

3 biji telur
6 sudu besar gula (ikut citarasa)
250 g tepung gandum
4 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu besar soda bikarbonat
250 ml susu full cream
1 sudu besar esen vanilla
Secubit garam


Cara

First of all pecah telur dalam blender bersama esen vanilla. 
Bila kembang masukan dalam bekas. Masukan garam , gula pasir, dan mentega kedalam adunan telur. Kacau , then masuk susu . Selepas tu masukan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat. Masuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga tidak berketul. Kalau masih berketul, masukan adunan ke dalam blender .Biarkan adunan berehat 30 minit hingga sejam.Panaskan kuali dengan api yang kecil dan masukan sedikit mentega dan minyak. Agak dalam satu sudu kecil. Masukan adunan sesenduk. Apabila buih kecil kelihatan terbalikkan. Bila dah keperangan angkat. Dah siap , boleh dimakan bersama madu lebah , mapel sirap atau jem kesukaan.


Thursday, 20 November 2014

Fraser Hill Malaysia

Baru baru ini saya dan keluarga berpeluang mengambil angin di Tanah tinggi Fraser. Lokasinya taklah jauh dari kediaman namun masa yang diambil agak panjang lantaran jalan bengkang bengkuk dan agak memerlukan pemandu sentiasa berhati-hati. Pastikan beg plastik disediakan untuk anak-anak just incase kalau ada yang yang pening.

Serba sedikit tentang Fraser Hill.
Nama Fraser Hill berasal dari nama seorang peniaga Scotland Louis James Fraser yang merupakan pencari dan pembeli bijih dari pelombong berbangsa cina di sekitar hulu sungai Sempam pada tahun 1890 an.Sewaktu mencari bijih timah beliau dilaporkan hilang dan tidak pernah ditemui.
Pembangunan Fraser Hill sebagai destinasi percutian berhawa dingin bermula pada tahun 1917 oleh kerajaan British dan kini Kerajaan Pahang dan Malaysia.





 
 
Di Fraser Hill terdapat banyak tempat penginapan . Di antaranya Shahzan Inn ,Puncak Inn , Silverpark dan banyak banglo-banglo yang boleh dijadikan tempat berehat sambil bercuti.
 
 Saya dan keluarga memilih untuk bermalam di Apartment Silver Park. Kat sini yang best nya boleh memasak. Walaupun bercuti namun tukang masak tak cuti. Aktiviti memasak diteruskan .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Main golf kat sini syok sebab udaranya nyaman. Walaupun buggy tak disediakan namun kurang penat dan kurang berpeluh kerana suhunya sejuk.

 
 
Nama tempat ni Allan's Water. Kat sini boleh lepak dalam belon besar. 
 
 

Bunga-bungaan yang mekar berkembang di Fraser Hill

 
 
 
 

 
 
 
Ini sejenis spisis bunga raya. Saya panggil bunga raya kuncup. Ingatkan dia kuncup ikut waktu  , rupa-rupanya kuncup all the time. Ia memang tak kembang.

 
Ini bunga lavender. Bau dia macam bedak talcum Yardley lavender.

 
 
Bunga ni kelihatan macam bunga palsu tapi sebenarnya bunga fresh.

 
 
Bunga putih ni so sweet.
 
 
 
Kadang kala kesibukan hidup  dan rutin seharian membuatkan kita berfikir  untuk mencari ketenangan . Fraser Hill adalah salah satu tempat yang boleh memberikan ketenangan fikiran disebabkan cuacanya yang dingin. Udaranya yang nyaman.
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 20 August 2014

Resepi Nasi Ayam Che Nor

Nasi ayam telah lama wujud di Malaysia . Walaupun begitu life cyclenya masih lagi maintain. Mungkin sebab ia sedap dan diterima makan oleh semua bangsa dan lapisan masyarakat dan bukan tertakluk pada satu golongan sahaja. Disebabkan kesedapan nya maka cubalah resepi yang special ni. Resepi ni diambil dari adik yang suka memasak.


Bahan-bahan

Beras 3 cawan
1 kiub knor perasa ayam
1/2 sudu kecil rempah sup Adabi
1 sudu besar marjerin
2 sudu minyak masak
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Sehiris halia
Bawang merah
Daun sup
Daun pandan
Garam
Sedikit gula

Ayam perap

Ayam bahagian paha
Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
kicap
Sos Tiram
Madu lebah

Sup

Rempah sup
Bahan menumis
Ayam
Fish ball
Daun sup
Sayuran

Sos

Cili besar
sos cili
cuka
Halia
Bawang putih
 
Cili kicap

Cili padi
Bawang putih
Kicap
sedikit garam

Cara menyediakan
Mula mula rebus ayam bersama garam dan halia sehingga mendidih. Kemudian sediakan nasi. Masukan minyak dan marjerin ke dalam periuk.Tumis bahan penumis sehingga Wangi dan garing. Masukan air rebusan ayam , knor, rempah sup. Masukan beras yang sudah dibersihkan.Masukan sedikit garam dan gula. Kemudian masukan daun sup dan pandan.
Ayam yang direbus di perap dengan  bahan yang di tumbuk kasar, kicap, sos tiram dan madu.
Peraplah selama sejam. Kemudian digoreng.
Untuk penyedian sup. Tumis bahan penumis sehingga Wangi dan masukan air ,rempah sup. Apabila mendidih masukan ayam , fish ball dan sayuran dan garam.
Bagi menyediakan Sos dan cili kicap ,  penggunaan mesin pengisar diperlukan.


Selamat mencuba. Kalau ada keraguan hulurkan pertanyaan.




Tuesday, 22 July 2014

Bubur Pulut Hitam dengan Durian Tembaga





















BAHAN -BAHAN

Beras pulut hitam
Santan
Jagung
Gula Melaka
Daun pandan
Beberapa ulas durian tembaga
Sedikit sagu
Sedikit gula putih
Secubit garam

Caranya

Rebus pulut hitam sehingga empuk.
Masukkan santan secukupnya.
Masukkan jagung , gula, garam, durian ,sagu dan simpulan daun pandan.
Masak lah sehingga mendidih dan sekata. Bila dah secukup rasa off api dan boleh disajikan.

Friday, 18 July 2014

Tips Sihat Dengan Peria

Bulan Ramadan bulan yang mulia. Pada bulan yang mulia ini kita sepatutnya menjaga kesihatan dengan lebih baik. Namun berlaku sebaliknya. Selama ini kita amat kurang mengambil makanan yang manis, apabila  datangnya Ramadan minuman dan makanan manis menjadi keutamaan.
Apabila mengambil manisan berlebihan, cubalah untuk menyeimbangkan dengan sedikit kepahitan .Cuba lah masukkan ulam peria sebagai salah satu menu berbuka puasa.





Peria katak ialah sejenis tumbuhan yang boleh mengurangkan risiko diabetis.Ia boleh menurunkan kadar gula dengan pantas. Pakar kesihatan menyarankan peria diambil setiap hari sebagai sayuran walaupan belum menghidapi diabetis. Seboleh bolehnya cubalah ambil seminggu sekali. Kalau tak pun sebulan sekali. Walaupun rasanya pahit namun khasiatnya banyak.
Selain dari itu ia bertindak sebagai antioksidan dan antidiabetes.

Thursday, 17 July 2014

Resepi Popia Perisa Durian Chempaka Seri

Musim durian tahun ni jatuh pada bulan puasa . So banyak menu berbuka berasaskan durian. Hari ni pengat durian, esoknya santan durian , next day nya  pulut durian. Hari ni try resepi baru berasaskan durian. Resepi ini hasil ciptaan dan rekaan sendiri.  Bahan -bahan dia simple , rasa dia sedap.







Bahan- bahan

1/2 biji kelapa parut
3 keping gula Melaka
2 sudu besar gula kasar
5 ulas durian
secubit garam
kulit popia
minyak untuk menggoreng

Cara membuat

Panaskan secawan air bersama gula Melaka sehingga cair.
Tapis dengan penapis kerana dikhuatiri terdapat bahan asing seperti habuk. Ni untuk memastikan kebersihan.
Masukkan kelapa parut , air gula Melaka , gula pasir , durian dan garam.
Tambahkan air secukupnya.
Masak sehingga kering .
Apabila masak biarkan sejuk .
Bahagikan kulit popia kepada dua bahagian  berbentuk tiga segi.
Masukkan inti ke dalam kulit popia dan lipat atau gulung ikut kreativiti.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Selamat mencuba.