Tuesday, 22 July 2014

Bubur Pulut Hitam dengan Durian Tembaga





















BAHAN -BAHAN

Beras pulut hitam
Santan
Jagung
Gula Melaka
Daun pandan
Beberapa ulas durian tembaga
Sedikit sagu
Sedikit gula putih
Secubit garam

Caranya

Rebus pulut hitam sehingga empuk.
Masukkan santan secukupnya.
Masukkan jagung , gula, garam, durian ,sagu dan simpulan daun pandan.
Masak lah sehingga mendidih dan sekata. Bila dah secukup rasa off api dan boleh disajikan.

Friday, 18 July 2014

Tips Sihat Dengan Peria

Bulan Ramadan bulan yang mulia. Pada bulan yang mulia ini kita sepatutnya menjaga kesihatan dengan lebih baik. Namun berlaku sebaliknya. Selama ini kita amat kurang mengambil makanan yang manis, apabila  datangnya Ramadan minuman dan makanan manis menjadi keutamaan.
Apabila mengambil manisan berlebihan, cubalah untuk menyeimbangkan dengan sedikit kepahitan .Cuba lah masukkan ulam peria sebagai salah satu menu berbuka puasa.





Peria katak ialah sejenis tumbuhan yang boleh mengurangkan risiko diabetis.Ia boleh menurunkan kadar gula dengan pantas. Pakar kesihatan menyarankan peria diambil setiap hari sebagai sayuran walaupan belum menghidapi diabetis. Seboleh bolehnya cubalah ambil seminggu sekali. Kalau tak pun sebulan sekali. Walaupun rasanya pahit namun khasiatnya banyak.
Selain dari itu ia bertindak sebagai antioksidan dan antidiabetes.

Thursday, 17 July 2014

Resepi Popia Perisa Durian Chempaka Seri

Musim durian tahun ni jatuh pada bulan puasa . So banyak menu berbuka berasaskan durian. Hari ni pengat durian, esoknya santan durian , next day nya  pulut durian. Hari ni try resepi baru berasaskan durian. Resepi ini hasil ciptaan dan rekaan sendiri.  Bahan -bahan dia simple , rasa dia sedap.







Bahan- bahan

1/2 biji kelapa parut
3 keping gula Melaka
2 sudu besar gula kasar
5 ulas durian
secubit garam
kulit popia
minyak untuk menggoreng

Cara membuat

Panaskan secawan air bersama gula Melaka sehingga cair.
Tapis dengan penapis kerana dikhuatiri terdapat bahan asing seperti habuk. Ni untuk memastikan kebersihan.
Masukkan kelapa parut , air gula Melaka , gula pasir , durian dan garam.
Tambahkan air secukupnya.
Masak sehingga kering .
Apabila masak biarkan sejuk .
Bahagikan kulit popia kepada dua bahagian  berbentuk tiga segi.
Masukkan inti ke dalam kulit popia dan lipat atau gulung ikut kreativiti.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Selamat mencuba.

Monday, 14 July 2014

Restoren Nasi Arab Wadi Sinai

Sekarang ni trend nasi arab sedang mengambil tempat dalam industry makanan. Sana -sini kedai nasi arab, sehingga kan di kampong pun ada gerai nasi arab.
Di sebabkan fenomena ini , maka baru-baru ini saya dan adik beradik  tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasi arab di Tanah Merah ,Jitra. Sebenarnya di Tanah Merah ni ada beberapa kedai nasi arab. Disebabkan restoren Wadi Sinai nampak macam meriah aje so saya dan family memilih restoren ni.


 
 
 
Restoren ini menyediakan tempat makan secara bersila. Sapa -sapa yang cepat lengoh dan kebas tu kerusi dan meja pun disediakan. Makanan dihidangkan di dalam dulang. Sapa yang tak kisah nak makan setalam share ramai pun boleh. Nasi tu boleh share lebih kurang lima orang. Pinggan disediakan untuk yang prefer makan sorang.
Sedulang nasi arab ni harga nya lebih kurang RM35.00. Tak tau dengan tepat sebab kakak open table.
Dari segi  rasa memang sedap baik berlaukan ayam atau kambing. Tak rugi mai sini.

Tuesday, 8 July 2014

Puding Karamel

This  is my favourite puding. Setiap kali bulan Ramadan muncul puding ini  pasti menjadi juadah kegemaran. Puding ini amat mudah untuk disediakan. Walaupun simple namun rasanya sedap.
Meskipun  first time cuba hasilnya pasti memuaskan.
 
 
 
 

Bahan-bahan untuk karamel

1 cawan gula
1 cawan air

 Bahan-bahan puding

1 tin susu cair jenis Ideal
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
5 sudu kecil gula

Cara memasak

Panaskan gula sehingga cair dengan api perlahan sehingga gula bertukar warna perang.
Masukkan air dengan berhati-hati sehingga gula cair sepenuhnya.
Masukkan gula caramel ke dalam loyang.
Untuk pudingnya, pecahkan telur, ke dalam  blender.
Kemudian masukkan susu, esen vanilla dan gula . Kisar  sehingga kembang.
Masukkan ke dalam loyang berisi gula karemel .
Kukus selama 40 minit.
Dah siap sejukkan  di dalam peti sejuk

Sunday, 6 July 2014

Tips tangani sekumpulan lebah

Lebah datang tanpa diundang






Sedang asyik layan menyidai baju, tiba -tiba kedengaran bunyi dengungan. Ingatkan sang lalat  bermaharaja lela. Rupanya sekoloni  lebah  sedang membina habitat baru. Tanpa tunggu walau sesaat kaki pun diangkat. Sebelum apa apa jadi baik selamatkan diri.
Sang lebah ni walaupun kecil namun bisanya sangat berbahaya. Menurut laman web  my health .Sengatan nya adalah begitu menyakitkan dan tindakbalas anafilaktik serius boleh membawa maut

Gejala dan tanda
-Kemerahan , bengkak dan sakit
-sakit cepat hilang namun bengkak lebih satu hari.

Walaupun begitu ,seseorang mungkin mengalami tindakbalas sistemik atau alahan yang dicirikan oleh
i)  Benjolan pada permukaan kulit
ii) Bengkak pada mulut atau tekak
iii) Pernafasan berbunyi wheezing
iv) Loya
v) Muntah
vi) Keresahan serta sakit dada

Kes yang lebih teruk kesukaran bernafas serius dan tidak sedar diri malah boleh mengundang maut.
Untuk lebih lanjut rujuklah  www.myhealth.gov.my/index.php/bee-sting


Demi memikirkan bahayanya lebah ini, beberapa langkah perlu diambil.

Langkah pertama pastikan semua tingkap dan pintu di tutup untuk mengelakan lebah masuk ke dalam rumah.
Langkah kedua pastikan anak -anak berada di dalam rumah.
Langkah ketiga  buatlah  panggilan kepada yang pakar seperti pihak bomba. Jangan ambik tindakan sendiri.