Serba sedikit tentang Fraser Hill.
Nama Fraser Hill berasal dari nama seorang peniaga Scotland Louis James Fraser yang merupakan pencari dan pembeli bijih dari pelombong berbangsa cina di sekitar hulu sungai Sempam pada tahun 1890 an.Sewaktu mencari bijih timah beliau dilaporkan hilang dan tidak pernah ditemui.
Pembangunan Fraser Hill sebagai destinasi percutian berhawa dingin bermula pada tahun 1917 oleh kerajaan British dan kini Kerajaan Pahang dan Malaysia.
Di Fraser Hill terdapat banyak tempat penginapan . Di antaranya Shahzan Inn ,Puncak Inn , Silverpark dan banyak banglo-banglo yang boleh dijadikan tempat berehat sambil bercuti.
Saya dan keluarga memilih untuk bermalam di Apartment Silver Park. Kat sini yang best nya boleh memasak. Walaupun bercuti namun tukang masak tak cuti. Aktiviti memasak diteruskan .
Main golf kat sini syok sebab udaranya nyaman. Walaupun buggy tak disediakan namun kurang penat dan kurang berpeluh kerana suhunya sejuk.
Nama tempat ni Allan's Water. Kat sini boleh lepak dalam belon besar.
Bunga-bungaan yang mekar berkembang di Fraser Hill
Ini sejenis spisis bunga raya. Saya panggil bunga raya kuncup. Ingatkan dia kuncup ikut waktu , rupa-rupanya kuncup all the time. Ia memang tak kembang.
Ini bunga lavender. Bau dia macam bedak talcum Yardley lavender.
Bunga ni kelihatan macam bunga palsu tapi sebenarnya bunga fresh.
Bunga putih ni so sweet.
Kadang kala kesibukan hidup dan rutin seharian membuatkan kita berfikir untuk mencari ketenangan . Fraser Hill adalah salah satu tempat yang boleh memberikan ketenangan fikiran disebabkan cuacanya yang dingin. Udaranya yang nyaman.